Ntah apa2 kan tajuk ni?? Tetibe je terkenangkan kenangan perkhemahan zaman sk y ada kaitan dgn tajuk ni..hehe.. Petang tu, kami hampir putus asa dgn prestasi kumpulan kami y mengecewakan..So, bg menceriakan suasana, ketua jurulatih menceritakan 1 cerita y menarik kpd kami smua.. Jom bace!! :)
Iza hampir putus asa dgn masalah demi masalah y dtg menimpa2 dlm hidupnya.. Perasaan malu, marah, meluat, sedih, benci, geram datang menjengah hati n perasaanya.. Sehinggakan terasa segala keyakinan diri sudah diragut oleh semua masalah itu.. Kepada ibu semua masalah diluahkan dan ibu mendengar dgn tenang tanpa banyak bicara..
Selepas dengar dgn penuh empati, ibu mengajak Iza ke dapur.. Ibu mendidih 3 periuk yang mengandungi 1L air dalam setiap satunya..Setelah air mendidih, ibu memasukkan sebiji lobak merah, sebiji telur n serbuk kopi kedalam periuk berasingan..Semua dibiarkan mendidih beberapa lama..
Selepas itu, ibu mengeluarkan lobak merah n telur dari periuk serta meletakkan keduanya di dalam mangkuk..Periuk y diisi kopi dituang ke dalam mangkuk juga..Kemudian ibu menoleh kpd Iza y kehairanan sambil berkata,"Apa y Iza nampak?" "Lobak , telur n kopi." "Dekat lagi..Cuba pegang lobak ni, bagaimana keadaanya?" Iza hanya menurut, lalu menjawab, "Lembik."
"Ambil telur tu n pecahkan. Tengok bagaimana keadaan dalamnya," pinta ibu. Iza x membantah. Dia melakukan seperti apa y dipinta.. "Sekarang cuba hidu n rasa kopi ini."Satu lagi permintaan ibu n Iza juga patuh melakukannya.. "Wanginya!Aroma n rasa kopi...Tapi makna semua ini, ibu?Apa kena mengena semua ni dgn Iza, ibu?? Iza inginkan penjelasan..
"Semua ini...lobak, telur n kopi telah dididihkan dgn teknik n tempoh masa y sama, kan?" "Ya..Betul!! jadi??"Lobak merah mulanya keras, tapi jadi lembik setelah dididihkan.. Telur pula, sebelum dimasukkan ke dalam air mendidih, kulitnya rapuh melindungi isinya y lembut.. Tapi selepas itu, isi telur menjadi beku n keras berbanding sebelumnya."
"Serbuk kopi ni lain.. Tak sama lobak n telur.. Sebelum dikisar, ia sgt keras.. Setelah jadi serbuk, ia dgn mudah larut dlm air panas mendidih.. Sifat pejalnya hilang.. Ia larut seolah2 mengalah kpd air panas, namun ia berjaya mengubah warna, rasa n bau air kosong itu.. Jatidiri kopi tidak berubah walaupun ia larut dlm air panas, bahkan mengubah air kosong menjadi air kopi!"
Dgn penuh kasih syg, ibu bertanya, "Mana satu hatimu, anakku..lobak, telur atau kopi??"...
...dan andai kata soalan itu diajukan kpd kita, apakah jawapan y kita ada?? Ibaratkan air panas y mendidih itu kesukaran n kesulitan y sedang mendatangi kita, bagaimanakah kita menghadapinya??
Apakah kita adalah lobak yang zahirnya keras,
namun dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah, menjadi lembut dan
kehilangan kekuatan? Atau, apakah kita adalah telur, yang pada awalnya memiliki
hati yang lembut dengan jiwa dinamis, namun setelah hadirnya ujian dalam
kehidupan, kita menjadi keras dan kaku? Atau, apakah kita jadi seperti serbuk
kopi? Yang mampu merubah air panas menjadi sesuatu yang sedap dan enak untuk
diminum. Jika kita seperti serbuk kopi, maka ketika keadaan menjadi semakin
buruk, kita akan berusaha menghadapi masalah n mengubah keadaan supaya menjadi lebih baik..
Moralnya, tepuk dada, tanya iman..hehe.. :-)
p/s : berusaha untk jd spt biji kopi, tp selalu jd spt lobak.. n skrg rse dh jd cm telur..huhu