Wednesday, 18 April 2012

Anugerah Paling Berharga

Sesekali......

Terlintas difikiran, bagaimana hidupku kiranya tiada 2 insan yang bergelar ibu dan ayah.. Bolehkahku hidup tanpa mereka?? bagaimana dengan anda pula??


Cinta yang paling setia adalah cinta seoarang ibu..
sejak melahirkan, sehinggalah Si anak lebih besar darinya, dia tidak pernah mengeluh.. Malah melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh kasih sayang.. Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap dalam dunia, sedangkan bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja... Mungkin ada yang mengatakan kerana makanan yang disediakan oleh ibu sudah selalu sangat dirasa, sejak kecik lagi, kerana itulah sedap.. Mungkin betul.. Tapi tahukah anda kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yang paling sedap??
sebab.....
apabila seseorang yang bergelar ibu itu memasak, dia memasak dengan sepenuh hati... Umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut..
" kenapa sedap sangat mama masak?".. Sebab ada kasih sayang seorang ibu didalamnya.. orang lain rasa tak sedap sebab mereka tidak dapat rasa kasih sayang itu..


Cinta yang paling sejati adalah cinta seorang bapa...
walau sesukar mana, akan sedaya upaya memenuhi permintaan Si anak.. Tidak sesekali harapan itu akan dihampakan.. seorang ayah berusaha melengkapkan keperluan keluarga, walau diluar kemampuannya.. kerana baginya, family first.. walau jarang kita melihat seorang bapa merintih dan menitiskan air mata, pernahkah kita menghargainya?? Betapa murninya bapa, tak pernah mengharap apa-apa balasan dari anaknya..


Pernahkah anda menatap wajah ibu bapa tersayang ketika mereka tidur?? itulah wajah yang paling jujur.. pengorbanan yang terkadang melelahkan namun tak terungkap.. tetapi wajah itu menceritakan segalanya; tanpa kata, tanpa suara; seolah-olah ia berkata: betapa lelahnya aku hari ini, demi anak dan keluarga, aku sanggup mengharungi segalanya...


 ~renung dan tataplah wajah kesayangan kita sebelum mereka 
   menutup mata selama-lamanya.. ^_^







 # kpd mama n abh, selamat hari lahir.. tq krn menjdi ibu bapa y      
    terbaik kpd kami..we luv u 4ever!!!








p/s : semoga Allah panjangkan usia kita semua agar dapat berbakti kepada ibu bapa kita...

No comments:

Post a Comment